Sunday, March 22, 2009

Report : Seminar Lepasan SPM 09


Seminar ini yang juga merupakan lanjutan daripada Kem Lepasan SPM 2008 yang terdahulu telah dianjurkan dengan jayanya oleh PEMBINA Shah Alam & Klang di Masjid Al-Ubudiyyah Seksyen 19 Shah Alam pada Ahad, 22 Mac 2009 yang lepas.
Seminar ini yang julung-julung kalinya dianjurkan di Shah Alam oleh PEMBINA berjaya mengumpulkan seramai hampir 50 orang peserta yang majoritinya mendapat keputusan cemerlang di dalam SPM dari sekitar Selangor, walaupun promosi dijalankan dalam masa yang agak singkat.
Berkat usaha dan titik keringat jawatankuasa program nyata membuahkan hasil.
Program ini dimulakan dengan slot 'Jati diri mahasiswa', diikuti oleh slot 'What's Next?' sebelum berhenti rehat pada waktu Zohor. Program diteruskan kemudiannya dengan sesi penerangan tentang 'interview' dan tips-tips menghadapinya, disusuli oleh 'mock interview' oleh fasilitator, sebelum ditutup dengan slot latihan menghadapi 'interview' oleh kesemua peserta lelaki dan perempuan. Kesemua slot tersebut dikendali oleh Saudara Zulalwi Adam, Ketua Unit Kepimpinan & Latihan PEMBINA Shah Alam Klang.

" Alhamdulillah, moga-moga semua peserta dapat bawa pulang banyak perkara, lebih bersedia untuk masa hadapan, dan lebih rapat serta kenal PEMBINA." ulas Pengarah Program, Saudara Nur Hakim Bahaman.

Rata-rata peserta amat berpuas hati dengan perjalanan program secara keseluruhannya dan mengakui bahawa objektif program ini iaitu untuk membantu para lepasan SPM merancang perjalanan kembara ilmunya selepas SPM dan persediaan menghadapi temuduga meminta tajaan pelajaran, telah tercapai dengan baik.

Semoga usaha-usaha begini dapat lagi diteruskan pada masa yang akan datang dengan penambahbaikan agar semakin ramai belia dapat dibantu dan seterusnya membantu pula masyarakat dan negara.

 

Saturday, March 21, 2009

Peta Ke Lokasi Seminar Lepasan SPM

Sila klik untuk kepuasan hati. :-)

Thursday, March 19, 2009

seminar lepasan SPM


Thursday, March 12, 2009

Jangan ketinggalan !

SEMINAR LEPASAN SPM 2009

22 MAC 2009
9.oo pagi - 5.oo petang
Yuran : Hanya RM20!
MASJID UBUDIYYAH, SEKSYEN 19, SHAH ALAM
(pengangkutan disediakan dari Stesen KTM Shah Alam)


Aktiviti:

PERSEDIAAN MEMINTA TAJAAN
Keputusan memberangsangkan? Pastikan anda hadir ke KLS ini kerana anda bakal dibantu mempersiapkan diri dengan segala skil-skill penting untuk memastikan diri anda bersedia memohon dan di-interview untuk tajaan pelajaran!

Sesi ' What's Next? '
bakal merungkai segala persoalan bagi meneruskan kembara ilmiah anda melalui diskusi dan penerangan praktikal bagi segala saluran yang ada, dalam dan luar negara.

Sesi 'Pembentukan Diri & Survival di IPT'
(Future Student Grooming)
terus memahami dan berfikir tentang survival, jati diri, dan identiti sebagai seorang mahasiswa Muslim. Bagaimana dan solusi praktis untuk memastikan diri terus unggul sebagai Muslim yang bermanfaat kepada ummah.
MOCK INTERVIEW
Belajar berhadapan dengan situasi genting ini dengan cara paling unggul dan efektif. Penting untuk jaminan laluan pembelajaran dan masa depan yang lebih cerah!

Kepada Semua Peserta KLS terdahulu,
jangan biarkan pembinaan masa depan kita sekerat jalan
ikuti program lanjutan ini
sambil mengajak ramai lagi rakan-rakan untuk bersama
merasai nikmat membina masa depan diri bersama ISLAM !

Hubungi :
Nik : 019-3735567
Shihab : 013-3537576
Aimi : 013-3705390
Nasarah : 013-4443639