Sunday, March 22, 2009

Report : Seminar Lepasan SPM 09


Seminar ini yang juga merupakan lanjutan daripada Kem Lepasan SPM 2008 yang terdahulu telah dianjurkan dengan jayanya oleh PEMBINA Shah Alam & Klang di Masjid Al-Ubudiyyah Seksyen 19 Shah Alam pada Ahad, 22 Mac 2009 yang lepas.
Seminar ini yang julung-julung kalinya dianjurkan di Shah Alam oleh PEMBINA berjaya mengumpulkan seramai hampir 50 orang peserta yang majoritinya mendapat keputusan cemerlang di dalam SPM dari sekitar Selangor, walaupun promosi dijalankan dalam masa yang agak singkat.
Berkat usaha dan titik keringat jawatankuasa program nyata membuahkan hasil.
Program ini dimulakan dengan slot 'Jati diri mahasiswa', diikuti oleh slot 'What's Next?' sebelum berhenti rehat pada waktu Zohor. Program diteruskan kemudiannya dengan sesi penerangan tentang 'interview' dan tips-tips menghadapinya, disusuli oleh 'mock interview' oleh fasilitator, sebelum ditutup dengan slot latihan menghadapi 'interview' oleh kesemua peserta lelaki dan perempuan. Kesemua slot tersebut dikendali oleh Saudara Zulalwi Adam, Ketua Unit Kepimpinan & Latihan PEMBINA Shah Alam Klang.

" Alhamdulillah, moga-moga semua peserta dapat bawa pulang banyak perkara, lebih bersedia untuk masa hadapan, dan lebih rapat serta kenal PEMBINA." ulas Pengarah Program, Saudara Nur Hakim Bahaman.

Rata-rata peserta amat berpuas hati dengan perjalanan program secara keseluruhannya dan mengakui bahawa objektif program ini iaitu untuk membantu para lepasan SPM merancang perjalanan kembara ilmunya selepas SPM dan persediaan menghadapi temuduga meminta tajaan pelajaran, telah tercapai dengan baik.

Semoga usaha-usaha begini dapat lagi diteruskan pada masa yang akan datang dengan penambahbaikan agar semakin ramai belia dapat dibantu dan seterusnya membantu pula masyarakat dan negara.

 

0 komentar: