4/05/2009 | | 0 Comments
Report : Seminar Lepasan SPM 09
Seminar ini yang juga merupakan lanjutan daripada Kem Lepasan SPM 2008 yang terdahulu telah dianjurkan dengan jayanya oleh PEMBINA Shah Alam & Klang di Masjid Al-Ubudiyyah Seksyen 19 Shah Alam pada Ahad, 22 Mac 2009 yang lepas.
Seminar ini yang julung-julung kalinya dianjurkan di Shah Alam oleh PEMBINA berjaya mengumpulkan seramai hampir 50 orang peserta yang majoritinya mendapat keputusan cemerlang di dalam SPM dari sekitar Selangor, walaupun promosi dijalankan dalam masa yang agak singkat.
Berkat usaha dan titik keringat jawatankuasa program nyata membuahkan hasil.
" Alhamdulillah, moga-moga semua peserta dapat bawa pulang banyak perkara, lebih bersedia untuk masa hadapan, dan lebih rapat serta kenal PEMBINA." ulas Pengarah Program, Saudara Nur Hakim Bahaman.
Rata-rata peserta amat berpuas hati dengan perjalanan program secara keseluruhannya dan mengakui bahawa objektif program ini iaitu untuk membantu para lepasan SPM merancang perjalanan kembara ilmunya selepas SPM dan persediaan menghadapi temuduga meminta tajaan pelajaran, telah tercapai dengan baik.
Semoga usaha-usaha begini dapat lagi diteruskan pada masa yang akan datang dengan penambahbaikan agar semakin ramai belia dapat dibantu dan seterusnya membantu pula masyarakat dan negara.
3/22/2009 | | 0 Comments
Jangan ketinggalan !
SEMINAR LEPASAN SPM 2009
22 MAC 2009
9.oo pagi - 5.oo petang
Yuran : Hanya RM20!
MASJID UBUDIYYAH, SEKSYEN 19, SHAH ALAM
(pengangkutan disediakan dari Stesen KTM Shah Alam)
Aktiviti:
PERSEDIAAN MEMINTA TAJAAN
Keputusan memberangsangkan? Pastikan anda hadir ke KLS ini kerana anda bakal dibantu mempersiapkan diri dengan segala skil-skill penting untuk memastikan diri anda bersedia memohon dan di-interview untuk tajaan pelajaran!
Sesi ' What's Next? '
bakal merungkai segala persoalan bagi meneruskan kembara ilmiah anda melalui diskusi dan penerangan praktikal bagi segala saluran yang ada, dalam dan luar negara.
Sesi 'Pembentukan Diri & Survival di IPT'
(Future Student Grooming)
terus memahami dan berfikir tentang survival, jati diri, dan identiti sebagai seorang mahasiswa Muslim. Bagaimana dan solusi praktis untuk memastikan diri terus unggul sebagai Muslim yang bermanfaat kepada ummah.
MOCK INTERVIEW
Belajar berhadapan dengan situasi genting ini dengan cara paling unggul dan efektif. Penting untuk jaminan laluan pembelajaran dan masa depan yang lebih cerah!
Kepada Semua Peserta KLS terdahulu,
jangan biarkan pembinaan masa depan kita sekerat jalan
ikuti program lanjutan ini
sambil mengajak ramai lagi rakan-rakan untuk bersama
merasai nikmat membina masa depan diri bersama ISLAM !
Hubungi :
Nik : 019-3735567
Shihab : 013-3537576
Aimi : 013-3705390
Nasarah : 013-4443639
3/12/2009 | Labels: aktiviti, program, tempat | 1 Comments
Maklumat lanjut pengangkutan
Bagi mereka yang memilih untuk menaiki kenderaan yang disediakan penganjur, di sini disediakan beberapa bantuan maklumat.
Terdapat beberapa cara yang biasa untuk ke Stesen LRT Terminal Putra:
1. Dengan menaiki LRT. Terus beli tiket untuk berhenti di Stesen LRT Terminal Putra.
2. Dengan menaiki KTM. Naik KTM komuter dari mana-mana stesen terdekat, dan berhenti di KL Sentral sebelum mengambil LRT ke Stesen di atas.
3. Dengan menaiki bas RapidKL. Bas U5 dari KL Sentral akan membawa anda ke stesen LRT Taman Melati. Anda kemudian boleh mengambil LRT ke stesen seterusnya iaitu Stesen LRT Terminal Putra.
Cara termudah - cara 1 & 2. Cara yang agak kompleks - cara 3.
Apa-apa pun,demi kelicinan perjalanan program, pastikan anda berada di sana selewat-lewatnya jam 4 petang.
Bantuan peta - klik sini.
Wallahu'alam. (boleh 'shout' jika ada cadangan lain.)
12/17/2008 | Labels: pengangkutan | 0 Comments
Subscribe to:
Posts (Atom)



