Sunday, February 7, 2010

KARTUN ANIMASI GAZA AL-ABIYAH (GAZA YANG ENGGAN TUNDUK)


Salam ,
Dapatkan DVD GAZA AL-ABIYAH dengan harga RM19.90.
MEMBELI SAMBIL MENDERMA
boleh hubungi :0136616676(Fairul)

Friday, January 15, 2010

Pakat ramai2




salam sejahtera

semua sihat?




kepada para peserta KLS 09'

disini

kami ingin menjemput anda
sebagai tetamu kehormat

untuk ke

KONVENSYEN PEMIKIRAN HASAN AL-BANNA
Dalam Melakar Pemikiran Ummah

sabtu, 30 januari 2010

Dewan Seri Sarjana
Universiti Tenaga Nasional
Bangi


Pakat ramai2!!

*kalau nak daftar dengan abg2 fesi pun boleh...*


Saturday, January 2, 2010

upload terbaru!!









kepada para peserta

Kem Lepasan SPM 2009
siri ke-5

gambar terbaru telah di'upload'kan

boleh tekan link dibawah
untuk melihatnya











*video-video aktiviti akan diuploadkan juga
tidak lama lagi

harap dapat bersabar*

Berita Baik!!






kepada mereka yang berminat

meneruskan perjuangan di dalam bidang agama

bercita-cita ingin mengisi kekosongan kerusi MUJADDID


daftarlah sekarang

Kelas Persediaan Pra Azhar 2010

maklumat lanjut boleh layari
laman web rasmi nya

bumianbiya2u.blogspot.com




atau hubungi dengan segera,

Azwan: 013 5905695

Farhan: 013 2553089

Monday, December 28, 2009

kenangan KLS 09



assalamualaikum.

kepada semua yang mahu melihat gambar-gambar kenangan program KLS 09 yang lalu, bolehlah klik pada link-link flickr berikut:


*setakat ni baru upload sikit. akan datang akan ada lagi.
(terutama gambar-gambar bahagian peserta perempuan)

harap dapat bersabar ;)

petikan laporan akhbar



KAJANG, 25 DIS 09 – Pada 25 hingga 27 Disember yang lepas, seramai 51 orang pelajar lepasan SPM telah mengambil bahagian dalam program tahunan anjuran Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) cawangan Shah Alam-Klang atau lebih di kenali dengan nama Kem Lepasan SPM (KLSPM) siri ke 5 di Kem Sungai Merab.

Program ini juga telah mendapat sambutan di kalangan para sukarelawan dan aktivis PEMBINA. Para sukarelawan yang rata-ratanya terdiri daripada pelajar IPT dan pelajar luar negara telah memberikan sumbangan yang amat berharga dalam menjayakan program ini. Malah program tahun ini turut mendapat sumbangan dari Karangkraf Sdn Bhd, Pasaraya HERO, Dato’Muhammad Safaruddin Muhd Sidek dan Puan Norlaili Mohd Nor.

Program ini telah di rasmikan oleh Presiden PEMBINA, Dr Kamil Haji Tohiran, yang menyeru para peserta agar mengambil manfaat dari kem ini dalam merancang masa depan pasca SPM. Konsep program yang santai ini di harapkan juga dapat menghilangkan tekanan pelajar yang bertungkus lumus dalam SPM yang lepas.

Kem yang diadakan selama 3 hari 2 malam ni memberi pendedahan, penerangan dan perkongsian berguna bagi pelajar lepasan SPM dalam merangka hala tuju untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat IPT. Antara slot-slot yang telah dibentangkan adalah Penerangan Kursus seperti Kejuruteraan, Perakuana dan Perubatan, Tips-Tips Temuduga, Peluang Pinjaman/Biasiswa, dan Perkongsian Pengalaman.

Kesungguhan peserta yang datang dari sekitar Selangor, Kelantan, Perak dan Johor terserlah sepanjang program berlangsung walaupun hujan lebat pada hari kedua. Walaupun semua peserta baru berkenalan, kerjasama yang di tunjukkan dalam Persembahan Kebudayaan dan Team Building menggambarkan satu ikatan ukhwah yang erat sesama mereka telah terbentuk dalam program sesingkat ini.

Semoga KLS akan memberi manfaat yang terbaik kepada lepasan SPM 2009. Terima kasih dan penghargaan kepada sukarelawan, aktivis dan semua yang telah memastikan kem ini berlangsung dengan jayanya. Jumpa lagi di KLS 2010! Insya Allah

Tuesday, December 22, 2009

Anda musykil tentang pengangkutan?

Masalah 1: Tak tahu macam mana nak pergi?

Penyelesaian:

1) Kenderaan sendiri/ibubapa

2) Menaiki kenderaan yang disediakan pihak penganjur

cara : Berkumpul di stesen KTM UKM di antara jam 3 - 4 petang. Peserta akan dibawa menaiki kenderaan yang disediakan. Sebarang kelewatan di atas risiko sendiri.

Masalah 2: Ingin pergi sendiri tapi tak tahu di mana Kem Nur, Sg Merab??

Penyelesaian: Lihat peta di sini







Masalah 3: tak tahu barang apa yang perlu dibawa?

Penyelesaian: 1) Pakaian yang mencukupi untuk tiga hari (smart kasual/biasa)

2) Pakaian sukan dan kasut sukan untuk aktiviti luar

3) Alat khidmat diri (Berus gigi, sabun dan sebagainya)

4) Alat tulis

5) Ubat-ubatan peribadi (jika perlu)

6) Yuran penyertaan & surat kebenaran ibubapa/penjaga

7) tafsir al quran (jika ada).


p/s: Jika ada sebarang masalah, jangan berasa segan untuk shout sahaja di Shoutbox di tepi,
atau telefon Abg Fairul @ Ust Najid.

Jumpa di sana!