Wednesday, December 17, 2008

Maklumat lanjut pengangkutan

Bagi mereka yang memilih untuk menaiki kenderaan yang disediakan penganjur, di sini disediakan beberapa bantuan maklumat. 

Terdapat beberapa cara yang biasa untuk ke Stesen LRT Terminal Putra:

1. Dengan menaiki LRT. Terus beli tiket untuk berhenti di Stesen LRT Terminal Putra. 

2. Dengan menaiki KTM. Naik KTM komuter dari mana-mana stesen terdekat, dan berhenti di KL Sentral sebelum mengambil LRT ke Stesen di atas.

3. Dengan menaiki bas RapidKL. Bas U5 dari KL Sentral akan membawa anda ke stesen LRT Taman Melati. Anda kemudian boleh mengambil LRT ke stesen seterusnya iaitu Stesen LRT Terminal Putra.

Cara termudah - cara 1 & 2. Cara yang agak kompleks - cara 3.

Apa-apa pun,demi kelicinan perjalanan program, pastikan anda berada di sana selewat-lewatnya jam 4 petang.

Bantuan peta - klik sini.
Wallahu'alam. (boleh 'shout' jika ada cadangan lain.)

Kaedah Pembayaran

Bagi anda yang mahu membayar untuk program KLS ini, beberapa cara mudah disediakan :

1. Masukkan duit yuran tersebut ke dalam akaun PEMBINA . No Akaun :

Akaun Maybank :562142713006
(atas nama Persatuan Belia Islam Nasional)

Untuk jaminan dan melicinkan urusan, selepas bayaran dilakukan,sila :
 - sms kepada Fairul (013 6616676) / Anuar (019 6915584) / Atiqah (013 6039811) sebagai       makluman.
 - dan bawa resit/slip dari bank pada hari program tersebut.
___________________________________________________________________

2. Bayar rm30 sebagai pendahuluan pendaftaran kepada mereka yang telah mempromosikan program ini kepada anda, dan bayar yang selebihnya pada hari program nanti.

Mudah? Tentulah.


Semoga Allah memberkati niat,usaha,dan segala yang kita keluarkan untuk tujuan yang baik. InsyaAllah.
Jazakumullah Khairan Kathiira.

Saturday, December 13, 2008

RM 80- Apa anda dapat?

Bantuan Pengangkutan untuk ke Kem (info lanjut klik di 'tag' di tepi blog ini)

Tempat menginap yang kondusif (info lanjut klik di 'tag' di tepi blog ini)

Hidangan makan 6 kali sehari


Pelbagai Aktiviti dan Sesi:
Pengenalan IPTA-IPTA

Pengenalan umum sebanyak 7 courses

health science? aliran agama? Law? Education? Engineering? Applied science? Accountancy business? Semua ada!


Menyelesaikan segala keraguan tentang IPTA dalam bentuk Q & A
dengan wakil-wakil dari pelbagai IPTA samada dalam atau luar negara


Aktiviti team building bagi menguji kepintaran dan
sifat teamwork yang ada dalam diri anda


Jungle trekking
 untuk ketenangan minda,jiwa,dan tautkan ukhuwwah


3 Pengisian Ruhi & motivasi 
oleh ustaz-ustaz sebagai bekalan
dalam melangkah ke dunia baru



Kongsi pengalaman & cerita dari student dalam dan luar negara
serta melangkah ke alam kerja oleh mereka yang berpengalaman


Bengkel "My Plan" untuk merancang langkah permulaan
yang baik bagi melangkah ke IPTA dan hidup masa depan dengan cara yang terpandu

Semuanya disampaikan oleh penyampai-penyampai dari kalangan yang pelbagai : professional yang sudah bekerja,senior-senior universiti yang berjaya dalam bidang mereka dari dalam dan luar negara,juga Ustaz-Ustaz yang mantap dalam memacu persediaan hati dan mental untuk satu alam baru yang penuh warna-warni dugaan.


Jamuan BBQ beramai-ramai,peserta dan Fasilitator

Tayangan video khusus untuk menghadapi alam universiti 'cara Islam'

Dan pelbagai maklumat,ilmu,pengalaman dan kenangan yang tak mungkin mampu dinilai oleh harta benda





Masih ragu-ragu?

"Wahai orang yang beriman,bertaqwalah,dan lihatlah apa yang kamu sediakan untuk hari esok (masa depan)..." -alHasyr-




Friday, November 28, 2008

Problem and Solution

Masalah 1: Tak tahu macam mana nak pergi?

Penyelesaian:    

1) Kenderaan sendiri/ibubapa

2) Menaiki kenderaan yang disediakan pihak penganjur  

cara : Berkumpul di stesen LRT Terminal Putra di antara jam 3 - 4 petang.              Peserta akan dibawa menaiki kenderaan yang disediakan. Sebarang kelewatan di atas risiko sendiri.

 

Masalah 2:  Ingin pergi sendiri tapi tak tahu di mana Kem Seri Raudah??

Penyelesaian: Ikut peta disini  ( skrol ke bawah,anda akan lihat UIA di peta tersebut)

 

Masalah 3: Tak tahu barang apa yang perlu dibawa?

Penyelesaian:    1)       Pakaian yang mencukupi untuk tiga hari (smart kasual/biasa)

    2)       Pakaian sukan dan kasut sukan  untuk aktiviti luar

    3)       Alat khidmat diri (Berus gigi, sabun dan sebagainya)

    4)       Alat tulis

    5)       Ubat-ubatan peribadi (jika perlu)

    6)       Yuran penyertaan & surat kebenaran ibubapa/penjaga

    7)      tafsir al quran (jika ada).

 

p/s: kalau ada masalah yang tak dinyatakan sila 'shout' -tulis di suara tetamu-.

Monday, November 24, 2008

Anda berminat?? langkah mudah mendaftar!


Paling mudah - Berjumpa langsung dengan orang yang mempromosikan program ini kepada anda.

Atau - terus hubungi nama-nama ini bila-bila masa (janganlah waktu tidur...)

FAIRUL - 013 6616676

ATIKAH - 013 6039811

Seterusnya - Isi borang yang diberi kepada anda (jika dapat). Tak dapat? Download saja di link dalam blog ini. Printkan dan bawa sewaktu program nanti/serah kepada orang yang sepatutnya.

Oh ye - Untuk jaminan dan kemudahan kita bersama,elok kalau anda dapat bayar RM30 sebagai deposit. Baki boleh dibayar semasa program. Urusan bayaran boleh terus dilanjutkan kepada bendahari :

SALAHUDDIN - 019 2087187

Dan jangan lupa - Teruskan ikuti perkembangan di blog rasmi KLS ini.

Mudahkan ?

Semoga Allah datangkan kebaikan buat kita semua. InsyaAllah.

Sunday, November 23, 2008

Terkini dan terbaru

Khusus bagi yang berminat untuk ketahui lebih lanjut...

Kini kami telah upload bahan2 sebaran untuk kem ini. Jadi sesiapa  yang berminat bolehlah save picture bahan-bahan ini dan disebarkan pada yang lain..



1)PAMPLET DALAM

2)PAMPLET LUAR


\Photobucket

3)POSTER





Monday, November 17, 2008

Bakal tiba! : Kem Lepasan SPM siri-4

Khusus buat  semua lepasan-lepasan spm 2008!

Persatuan Belia Islam Nasional sekali lagi akan mengadakan KEM LEPASAN SPM bagi siri yang ketiga.

Program yang bakal memberi seribu satu pendedahan kepada semua bakal penuntut di Universiti dalam dan luar negara, serta panduan dan perkongsian pengalaman daripada penuntut-penuntut dari pelbagai Universiti ! 
Program ini juga bakal memberi persediaan mental di samping ketenangan fizikal dengan berbagai-bagai aktiviti dan games!

Nantikan info lanjutan di blog ini pada masa akan datang!