Wednesday, December 17, 2008

Maklumat lanjut pengangkutan

Bagi mereka yang memilih untuk menaiki kenderaan yang disediakan penganjur, di sini disediakan beberapa bantuan maklumat. 

Terdapat beberapa cara yang biasa untuk ke Stesen LRT Terminal Putra:

1. Dengan menaiki LRT. Terus beli tiket untuk berhenti di Stesen LRT Terminal Putra. 

2. Dengan menaiki KTM. Naik KTM komuter dari mana-mana stesen terdekat, dan berhenti di KL Sentral sebelum mengambil LRT ke Stesen di atas.

3. Dengan menaiki bas RapidKL. Bas U5 dari KL Sentral akan membawa anda ke stesen LRT Taman Melati. Anda kemudian boleh mengambil LRT ke stesen seterusnya iaitu Stesen LRT Terminal Putra.

Cara termudah - cara 1 & 2. Cara yang agak kompleks - cara 3.

Apa-apa pun,demi kelicinan perjalanan program, pastikan anda berada di sana selewat-lewatnya jam 4 petang.

Bantuan peta - klik sini.
Wallahu'alam. (boleh 'shout' jika ada cadangan lain.)

Kaedah Pembayaran

Bagi anda yang mahu membayar untuk program KLS ini, beberapa cara mudah disediakan :

1. Masukkan duit yuran tersebut ke dalam akaun PEMBINA . No Akaun :

Akaun Maybank :562142713006
(atas nama Persatuan Belia Islam Nasional)

Untuk jaminan dan melicinkan urusan, selepas bayaran dilakukan,sila :
 - sms kepada Fairul (013 6616676) / Anuar (019 6915584) / Atiqah (013 6039811) sebagai       makluman.
 - dan bawa resit/slip dari bank pada hari program tersebut.
___________________________________________________________________

2. Bayar rm30 sebagai pendahuluan pendaftaran kepada mereka yang telah mempromosikan program ini kepada anda, dan bayar yang selebihnya pada hari program nanti.

Mudah? Tentulah.


Semoga Allah memberkati niat,usaha,dan segala yang kita keluarkan untuk tujuan yang baik. InsyaAllah.
Jazakumullah Khairan Kathiira.

Saturday, December 13, 2008

RM 80- Apa anda dapat?

Bantuan Pengangkutan untuk ke Kem (info lanjut klik di 'tag' di tepi blog ini)

Tempat menginap yang kondusif (info lanjut klik di 'tag' di tepi blog ini)

Hidangan makan 6 kali sehari


Pelbagai Aktiviti dan Sesi:
Pengenalan IPTA-IPTA

Pengenalan umum sebanyak 7 courses

health science? aliran agama? Law? Education? Engineering? Applied science? Accountancy business? Semua ada!


Menyelesaikan segala keraguan tentang IPTA dalam bentuk Q & A
dengan wakil-wakil dari pelbagai IPTA samada dalam atau luar negara


Aktiviti team building bagi menguji kepintaran dan
sifat teamwork yang ada dalam diri anda


Jungle trekking
 untuk ketenangan minda,jiwa,dan tautkan ukhuwwah


3 Pengisian Ruhi & motivasi 
oleh ustaz-ustaz sebagai bekalan
dalam melangkah ke dunia baru



Kongsi pengalaman & cerita dari student dalam dan luar negara
serta melangkah ke alam kerja oleh mereka yang berpengalaman


Bengkel "My Plan" untuk merancang langkah permulaan
yang baik bagi melangkah ke IPTA dan hidup masa depan dengan cara yang terpandu

Semuanya disampaikan oleh penyampai-penyampai dari kalangan yang pelbagai : professional yang sudah bekerja,senior-senior universiti yang berjaya dalam bidang mereka dari dalam dan luar negara,juga Ustaz-Ustaz yang mantap dalam memacu persediaan hati dan mental untuk satu alam baru yang penuh warna-warni dugaan.


Jamuan BBQ beramai-ramai,peserta dan Fasilitator

Tayangan video khusus untuk menghadapi alam universiti 'cara Islam'

Dan pelbagai maklumat,ilmu,pengalaman dan kenangan yang tak mungkin mampu dinilai oleh harta benda





Masih ragu-ragu?

"Wahai orang yang beriman,bertaqwalah,dan lihatlah apa yang kamu sediakan untuk hari esok (masa depan)..." -alHasyr-