Wednesday, December 17, 2008
Maklumat lanjut pengangkutan
Kaedah Pembayaran
Saturday, December 13, 2008
RM 80- Apa anda dapat?
Pengenalan umum sebanyak 7 courses
health science? aliran agama? Law? Education? Engineering? Applied science? Accountancy business? Semua ada!
Menyelesaikan segala keraguan tentang IPTA dalam bentuk Q & A
dengan wakil-wakil dari pelbagai IPTA samada dalam atau luar negara
Aktiviti team building bagi menguji kepintaran dan
sifat teamwork yang ada dalam diri anda
Jungle trekking untuk ketenangan minda,jiwa,dan tautkan ukhuwwah
3 Pengisian Ruhi & motivasi oleh ustaz-ustaz sebagai bekalan
dalam melangkah ke dunia baru
Kongsi pengalaman & cerita dari student dalam dan luar negara
serta melangkah ke alam kerja oleh mereka yang berpengalaman
Bengkel "My Plan" untuk merancang langkah permulaan
yang baik bagi melangkah ke IPTA dan hidup masa depan dengan cara yang terpandu
Friday, November 28, 2008
Problem and Solution
Masalah 1: Tak tahu macam mana nak pergi?
Penyelesaian:
1) Kenderaan sendiri/ibubapa
2) Menaiki kenderaan yang disediakan pihak penganjur
cara : Berkumpul di stesen LRT Terminal Putra di antara jam 3 - 4 petang. Peserta akan dibawa menaiki kenderaan yang disediakan. Sebarang kelewatan di atas risiko sendiri.
Penyelesaian: Ikut peta disini ( skrol ke bawah,anda akan lihat UIA di peta tersebut)
Masalah 3: Tak tahu barang apa yang perlu dibawa?
Penyelesaian: 1) Pakaian yang mencukupi untuk tiga hari (smart kasual/biasa)
2) Pakaian sukan dan kasut sukan untuk aktiviti luar
3) Alat khidmat diri (Berus gigi, sabun dan sebagainya)
4) Alat tulis
5) Ubat-ubatan peribadi (jika perlu)
6) Yuran penyertaan & surat kebenaran ibubapa/penjaga
7) tafsir al quran (jika ada).
p/s: kalau ada masalah yang tak dinyatakan sila 'shout' -tulis di suara tetamu-.
Monday, November 24, 2008
Anda berminat?? langkah mudah mendaftar!

Paling mudah - Berjumpa langsung dengan orang yang mempromosikan program ini kepada anda.
Atau - terus hubungi nama-nama ini bila-bila masa (janganlah waktu tidur...)
FAIRUL - 013 6616676
ATIKAH - 013 6039811
Seterusnya - Isi borang yang diberi kepada anda (jika dapat). Tak dapat? Download saja di link dalam blog ini. Printkan dan bawa sewaktu program nanti/serah kepada orang yang sepatutnya.
Oh ye - Untuk jaminan dan kemudahan kita bersama,elok kalau anda dapat bayar RM30 sebagai deposit. Baki boleh dibayar semasa program. Urusan bayaran boleh terus dilanjutkan kepada bendahari :
SALAHUDDIN - 019 2087187
Dan jangan lupa - Teruskan ikuti perkembangan di blog rasmi KLS ini.
Mudahkan ?
Semoga Allah datangkan kebaikan buat kita semua. InsyaAllah.
Sunday, November 23, 2008
Terkini dan terbaru
Monday, November 17, 2008
Bakal tiba! : Kem Lepasan SPM siri-4
Report : Kem Lepasan SPM siri-2 (2008)
Dua minggu selepas Program Semai Mesra 2008 berlangsung, Kem Lepasan SPM 2008 pula menyusul pada 1-3 Februari yang lalu juga di Bukit Cerakah, Shah Alam. Program tahunan untuk pelajar lepasan SPM edisi ketiga kali ini dianjurkan oleh AUSIS dengan kerjasama Persatuan Belia Nasional (PEMBINA) dan Kelab Remaja ISMA (KRIM). Program ini mendapat penyertaan yang sungguh menggalakkan dari pelajar-pelajar lepasan SPM seluruh negara. Dengan penyertaan melebihi 150 orang pelajar, Kem Lepasan SPM 2008 ternyata lebih hebat berbanding edisi-edisi sebelumnya.
Matlamat penganjuran program bercorak motivasi ini adalah untuk membantu pelajar-pelajar lepasan SPM dalam merangka hala tuju pendidikan masing-masing selepas tamat SPM. Kem Lepasan SPM ini juga berhasrat untuk melahirkan generasi belia yang lebih peka pada persekitaran semasa dan sedar pada kepentingan mendaulatkan agama Islam. Para peserta berkesempatan untuk menimba pengalaman di samping menjalinkan ukhwah dengan senior-senior AUSIS yang pulang bercuti sempena musim panas dan juga para graduan AUSIS yang telah memulakan langkah di dalam alam pekerjaan.
Pelbagai aktiviti menarik telah mengisi Kem Lepasan SPM 2008 ini. Antara yang menjadi highlight ialah sesi perkongsian dan pengenalan terhadap jurusan-jurusan yang ditawarkan di universiti seperti kejuruteraan, perubatan, perakaunan, sains tulen dan biosains. Walaupun pembentangan ini kebanyakannya disampaikan oleh para mahasiswa Australia dan New Zealand, tetapi pengisiannya juga relevan untuk IPT-IPT luar negara yang lain dan juga dalam negara. Melalui sesi post-flow SPM pula, para pelajar mendapat gambaran tentang jalan yang perlu ditempuhi selepas SPM sehinggalah ke IPT.
Sebelum sesi penutup, satu bengkel ‘My Plan’ telah diadakan untuk memberi peluang bagi para peserta merancang perjalanan mereka selepas SPM sehingga ke menara gading. Aktiviti-aktiviti lain yang turut diadakan termasuklah sesi team building dan forum perdana. Selain daripada program berunsur ilmiah, terdapat juga sesi kuliah dan tazkirah untuk santapan rohani yang disampaikan oleh penceramah-penceramah jemputan seperti Ustaz Abdul Halim bin Abdullah dan Ustaz Mohd Fauzi bin Asmuni. Dalam Kem Lepasan SPM 2008 ini juga, saudara Mohd Arshad bin As’ari dari SBPI Batu Rakit dan saudari Mas Amira binti Abdul Ghani dari MRSM Tun Ghafar Baba telah dipilih sebagai Tokoh Peserta Terbaik bagi lelaki dan perempuan masing-masing.
Secara keseluruhannya, Kem Lepasan SPM tahun ini telah berlangsung dengan jayanya di mana para peserta ternyata begitu berpuas hati dengan apa yang mereka perolehi sepanjang program. Kehadiran fasilitator-fasilitator yang peramah dan sentiasa sedia untuk membantu juga menceriakan lagi program. Harapan AUSIS agar semua peserta berjaya dalam setiap bidang yang diceburi pada masa hadapan, seterusnya mampu menyumbang untuk kecemerlangan agama, bangsa dan negara.